SINAR BARU

Harian Metro - - Setempat -

Bekas atlet angkat berat lega dikunjungi wakil MSNT, YAKEB bantu tampung kos perubatan

dirawat di hospital hingga menyebabkannya berasa terpinggir walaupun pernah mengharumkan nama negeri dan negara dalam sukan angkat berat.

Pada 2015, Che Mohd Azrol terpaksa menamatkan perkhidmatannya sebagai jurulatih angkat berat di MSNT berikutan dijangkiti kencing tikus.

Lebih malang lagi apabila dia kini memerlukan RM2,000 sebulan untuk menampung kos perubatannya dan berharap ada pihak dapat membantunya.

Mohd Sabri berkata, MSNT bersimpati dengan nasib Che Mohd Azrol dan akan berusaha untuk membolehkannya kembali berkhidmat.

Menurutnya, sebaik Che Mohd Azrol keluar dari HSNZ dan kesihatannya stabil, MSNT akan mengadakan perjumpaan dengan atlet itu.

“Dia (Che Mohd Azrol) kini perlu mendapat rawatan hemodialisis sebanyak empat kali seminggu memaklumkan mahu bekerja semula bagi menampung kos perubatannya.

“Kami akan berusaha sebaik mungkin dan membawa perkara ini kepada pengetahuan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri (Datuk Rozi Mamat) untuk mendapatkan pekerjaan sesuai dengannya.

“Saya belum dapat putuskan sama ada Che Mohd Azrol diterima semula atau sebaliknya kerana kami perlu melihat tahap kesihatannya terlebih dulu, selain keputusan pihak EXCO.

“Kami di MSNT berharap Che Azrol bersabar selain berharap masyarakat mendoakan wira negara ini kembali sembuh,” katanya.

MOHD Sabri (tengah) mengunjungi Che Mohd Azrol (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.