Penjara empat tahun, denda RM150,000 miliki cengkerang, bangkai penyu

Harian Metro - - Setempat -

Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman masing-masing penjara empat tahun dan denda RM150,000 ke atas dua lelaki warga asing yang mengaku salah atas tuduhan memiliki 97 kilogram (kg) cengkerang dan bahagian bangkai penyu hijau, di Pulau Ligitan, Semporna, awal bulan ini.

Hakim Indra Ayub menjatuhkan hukuman itu terhadap Adam Ilma, 30, dan Gunak Sinduk, 20, serta memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 7 Oktober lalu.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara setahun lagi, jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki terbabit didakwa memiliki 97kg cengkerang dan bahagian bangkai spesies haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pulau Ligitan, Semporna, jam 11 pagi, 7 Oktober lalu.

TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.