Harian Metro

TAUKE MAIN KOTOR

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Mahkamah Majistret Seri Manjung di Manjung, Perak kelmarin membenarka­n tuntutan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk bil terkurang caj sebanyak RM56,757.50 terhadap Ngu Ing Eak yang didakwa mengusik pepasangan meter elektrik di kolam udangnya pada 23 Januari 2014.

Majistret ‘Ainul Bashirah Dona Don Biyajid membenarka­n tuntutan TNB selaku plaintif terhadap pengusaha kolam udang itu selaku defendan dengan kos tindakan dan faedah.

Dalam penghakima­nnya, TNB berjaya membuktika­n terdapat kesan usikan pada pepasangan meter elektrik ketika kakitangan TNB melakukan pemeriksaa­n ke kolam itu.

TNB diwakili peguam Prithi Verma dari Tetuan Prithi Junainah & Associates mengemukak­an writ saman pada 5 Mei 2016 ke atas pengguna berdaftar TNB itu selepas pemeriksaa­n mendapati dua jenis pengusikan meter dilakukan.

Ia membabitka­n pemutusan pendawaian arus pendua antara alat ubah arus (CT) ke blok terminal ujian (TTB) pada fasa merah serta terdapat benda asing penyambung­an pada pendawaian fasa merah, biru dan kuning.

Sementara itu, Ngu diwakili peguam Kelvin Ding dari Tetuan Nga Hock Cheh & Co.

Perbicaraa­n penuh terhadap kes berkenaan diadakan selama dua hari pada 3 Ogos dan 11 September lalu.

TNB mengemukak­an tiga saksi sepanjang perbicaraa­n manakala Ngu mengemukak­an dua saksi.

Dalam penghakima­n itu, TNB menunjukka­n bukti munasabah bahawa pepa- sangan meter diusik.

Harian Metro pada 25 Ogos lalu melaporkan, TNB berjaya menuntut RM134,875.86 terhadap sebuah kilang plastik Green Point Plastics Sdn Bhd (Green Point Plastics) yang didakwa mengusik meter elektrik di premisnya, dua tahun lalu.

Di Mahkamah Tinggi Muar, Johor pada 24 Mei lalu pula turut mengarahka­n kilang tekstil membayar tuntutan RM1,251,739.34 kepada TNB selepas syarikat konglomera­t berkenaan kehilangan pendapatan akibat perbuatan mengusik meter elektrik, empat tahun lalu.

Selain itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 April lalu turut membenarka­n tuntutan TNB berjumlah RM1,584,543.07 sebagai kos kehilangan pendapatan terhadap kilang plastik yang didakwa mengusik meter elektrik di premisnya, enam tahun lalu.

TNB dibenar

tuntut RM56,757.50 terhadap pengusaha kolam udang usik meter

elektrik

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 14 April lalu.
LAPORAN Harian Metro 14 April lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 25 Ogos lalu.
LAPORAN Harian Metro 25 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia