MAIS siasat Presiden Aswaja

Harian Metro - - Setempat -

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjalankan siasatan terperinci berhubung tindakan Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr Zamihan Mat Zain yang didakwa mengkritik institusi diraja dalam satu ceramah agama di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, minggu lalu.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, ceramah pada 7 Oktober itu tidak menggambarkan pendirian MAIS atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai perkara berkenaan.

“Susulan itu, MAIS mengarahkan satu siasatan terhadap dakwaan itu dijalankan JAIS mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

“Selain itu, kami menegaskan semua penceramah agama di Selangor perlu mematuhi peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

“Ini termasuk tidak menyampaikan ceramah agama yang boleh mendatangkan kebencian atau penghinaan atau boleh menunjukkan kebiadaban terhadap Sultan, kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa agama Islam Negeri atau yang boleh mewujudkan perasaan buruk sangka serta permusuhan antara kaum,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.