Harian Metro

Gamuda Land unjur jualan RM210j

-

Gamuda Land (Gamuda Land), unit perniagaan hartanah Gamuda Berhad menyasarka­n jualan RM210 juta bagi projek perbandara­n Jade Hills di Kajang, Selangor untuk unit kediaman yang ditawarkan tahun depan.

Pengurus Besar Projek Jade Hills Lam Sew Chee berkata, pihaknya optimis untuk mencapai sasaran itu dipacu pelancaran 300 kediaman baru, antaranya membabitka­n banglo dan berkembar selain langkah pemasaran terbaik.

“Kami yakin untuk mencapai sasaran ditetapkan lebih tinggi berbanding yang dicatatkan tahun lalu iaitu RM160 juta bagi projek Jade Hills saja,” katanya selepas majlis pelancaran galeri jualan Jade Hills baru, di sini, semalam.

Majlis itu disempurna­kan Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land Ngan Chee Meng dan Ketua Jualan dan Pemasaran Gamuda Land Kam Lee Lan.

Sementara itu, Lam berkata, Gamuda Land akan melancarka­n presint The Lakes yang merangkumi 16 banglo, Januari depan.

“Banglo dengan keluasan dari 4,000 kaki persegi itu akan ditawarkan pada harga dari RM2.8 juta hingga RM3.6 juta.

“Ia memberikan pilihan kepada pembeli untuk mendapatka­n pemandanga­n menghadap tasik atau taman dengan setiap unit mempunyai keistimewa­an masing-masing,” katanya.

 ??  ?? LAM (kiri) bersama Ngan (tengah) dan Kam ketika majlis pelancaran galeri jualan Jade Hills baru di Kajang, semalam.
LAM (kiri) bersama Ngan (tengah) dan Kam ketika majlis pelancaran galeri jualan Jade Hills baru di Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia