Perkasa pengguna celik pelaburan

Harian Metro - - Bisnes -

Kuala Lumpur: InvestSmart

Fest 2017, inisiatif festival celik kewangan dan pelaburan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) adalah platform terbaik untuk mendidik masyarakat mengenai kewangan di samping memperkasakan pelabur.

Pengerusi SC Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata,

InvestSmart Fest bertujuan memperkasakan pengguna dengan celik kewangan dan pelaburan bagi melindungi dan persediaan menghadapi situasi tidak dijangka serta memastikan kestabilan kewangan.

Beliau berkata, dengan meningkatnya kecanggihan pasaran modal, bertambah juga keputusan kewangan dan pelaburan yang perlu dibuat pengguna.

“Jangka hayat yang lebih panjang bermakna wujud keperluan untuk memastikan tabungan terkumpul mencukupi bagi menampung tempoh persaraan yang lebih lama.

“Memperkasa pengguna dengan celik kewangan dan pelaburan penting bagi membolehkan mereka melindungi diri, bersedia berdepan dengan situasi tidak dijangka dan memastikan kestabilan kewangan masing-masing,” katanya pada majlis pelancaran InvestSmart

Fest 2017, di sini, semalam. Perasmian acara tahunan itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Terdahulu, dalam ucapannya, Khairy berkata, idea menyimpan dalam akaun simpanan hanya apabila ada wang baki adalah kaedah yang tidak tepat.

KHAIRY (tengah) bersama Ranjit (dua dari kiri) merasmikan InvestSmart Fest 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.