MPB gondol dua anugerah antarabangsa ARC

Harian Metro - - Bisnes -

Media Prima Berhad (MPB), peneraju kumpulan media bersepadu di Malaysia menerima dua kemenangan pada malam Gala Anugerah Antarabangsa ARC yang diumumkan MerComm Inc selaku penganjur di Hotel The Ritz-Carlton, Tokyo, Jepun.

MPB memenangi Anugerah Utama Antarabangsa untuk Laporan Tahunan Bukan Tradisional (kategori Asia/Pasifik) dan Anugerah Emas untuk Laporan Tahunan Bukan Tradisional (kategori syarikat media: negara lain-lain) bagi Laporan Tahunan 2016, menewaskan persaingan global dari lebih 60 negara.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat Kumpulan MPB Azlan Abdul Aziz berkata, pihaknya mengambil inisiatif menghasilkan laporan tahunan membabitkan pemegang berkepentingan sambil menonjolkan budaya korporat unik MPB.

“Sebagai syarikat media, kami memberi penekanan terhadap kreativiti dalam semua platform media dan berharap ia dapat dicerminkan dalam laporan tahunan kami,” katanya.

Menurut media kewangan, Anugerah Antarabangsa ARC adalah

Academy Award untuk Laporan Tahunan dan ia pencapaian tertinggi syarikat dan pengamal komunikasi global.

AZLAN menunjukkan anugerah yang dimenangi MPB ditemani Presiden MerComm Inc Reni L Witt.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.