FACEBOOK JADI BUKTI

Harian Metro - - Global - AFP

 Remaja bubar perkahwinan selepas

ucapan tahniah tunjukkan majlis berlangsung ketika dia berusia 12 tahun

Seorang remaja berusia 19 tahun berjaya membubarkan perkahwinannya selepas mengemukakan bukti daripada laman Facebook suaminya bahawa dia berkahwin ketika masih kanak-kanak seterusnya menjadikan penyatuan itu tidak sah.

Sushila Bishnoi, 19, memfailkan rayuan di mahkamah di Rajasthan untuk membubarkan perkahwinan yang diadakan ketika dia berusia 12 tahun. Perbuatan itu salah di sisi undang-undang tetapi menjadi amalan tradisi di kebanyakan kawasan di pedalaman India.

Bagaimanapun, suaminya menafikan mereka pernah dikahwinkan.

Susulan itu, remaja berkenaan yang dibantu seorang aktivis dengan sabar mencari satu persatu bahan di Facebook suaminya sehingga akhirnya menemui bukti berkenaan ucapan tahniah ketika mereka berkahwin.

Aktivis Kriti Bharti berkata: “Ramai kawan lelaki terbabit mengucapkan tahniah di Facebooknya. Susulan itu, mahkamah menerima bukti berkenaan dan mengisytiharkan perkahwinan itu sebagai tidak sah serta terbatal.”

Penghakiman dibuat pada Isnin lalu, katanya.

Pasangan itu dikahwinkan dalam majlis rahsia di Barmer pada 2010 ketika mereka baru berusia 12 tahun.

Amalan lazim di Rajasthan adalah supaya kanak-kanak yang dikahwinkan tetap tinggal bersama ibu bapa mereka sehingga berusia 18 tahun apabila mereka dihantar ke rumah mentua untuk hidup dengan suami.

Sushila berkata, ibu bapanya

Sushila Saya tiada pilihan, pada saya memang ia soal hidup atau mati. Saya memilih untuk hidup”

memaksanya berpindah ke rumah suami untuk menjalankan tugas sebagai isteri.

“Saya mahu melanjutkan pelajaran, tetapi mereka mahu saya hidup bersamanya. Dia kaki botol.

“Saya tiada pilihan, pada saya memang ia soal hidup atau mati. Saya memilih untuk hidup,” katanya.

Sushila melarikan diri dari rumah dan mendapat perlindungan di pusat kebajikan di mana dia menemui Kriti yang membantunya memulakan prosiding perundangan untuk menamatkan perkahwinan berkenaan.

Rabu lalu, mahkamah tertinggi India memutuskan seks dengan budak bawah umur tetap rogol walaupun pasangan terbabit sudah berkahwin, seterusnya menutup kelemahan dalam undang-undang yang selama ini secara tidak langsung membolehkan pelaku terlepas menggunakan alasan ikatan perkahwinan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.