Harian Metro

11 anak kapal hilang

-

Sebelas anak kapal warga India hilang apabila kapal kargo mereka karam di Pasifik di luar Filipina selepas rantau itu dilanda taufan, kata pengawal pantai Jepun.

Kapal Emerald Star seberat 33,205 tan membawa 26 kru warga India menghantar isyarat kecemasan pada awal pagi semalam ketika kapal yang didaftarka­n di Hong Kong itu belayar kira-kira 280 kilometer dari utara Filipina, kata satu kenyataan oleh pengawal pantai Jepun yang menerima isyarat berkenaan.

Tiga kapal lain yang belayar berhampira­n kawasan itu berjaya menyelamat­kan 15 kru tetapi 11 yang lain masih belum ditemui.

“Kami sudah menghantar dua bot peronda dan tiga pesawat ke kawasan terbabit tetapi taufan menyukarka­n kerja menyelamat,” kata pengawal pantai Jepun. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia