Harian Metro

Giliran Perez dahului hari kedua

-

Kuala Lumpur: pendek Pat Perez menjadi penyelamat kepada pemain Amerika Syarikat itu apabila dia menjadi pendahulu pusingan kedua Kejohanan Golf CIMB Classic dengan catatan tujuh di bawah par 65, semalam.

“Secara keseluruha­n, ia bukanlah hari yang baik tetapi saya berjaya mengatasin­ya dan saya berjaya beraksi pada tahap terbaik,” katanya.

Perez yang membuat penampilan kelima pada saingan CIMB Classic dengan pencapaian terbaik berada di kedudukan kesembilan pada 2012 melakukan empat birdie di sembilan lubang pertama.

Dia menamatkan saingan

Pukulan

(gambar)

hari kedua di TPC Kuala Lumpur dengan mencatat keseluruha­n lapan birdie dan satu bogey.

Biarpun saingan tertangguh empat jam kerana hujan lebat, juara saingan Bob Hope Classic 2009 itu seharusnya berterima kasih dengan cuaca berkenaan apabila dia mendahului dengan satu pukulan ke atas rakan senegara, Xander Schauffele dengan merakam 13 di bawah par 131.

“Saya tidak mahukan cahaya matahari, ia terlalu panas. Tidak, saya suka dengan keadaan seperti ini, ia cukup sempurna, mendung dan tiada angin,” katanya.

Pemain berusia 41 tahun itu kini memburu gelaran ketiga dalam Jelajah PGA tahun ini dengan kemenangan terakhirny­a di OHL Classic di Mayokoba, November lalu.

Bagaimanap­un, Schauffele dijangka menjadi penghalang utama buat Perez bagi merangkul gelaran CIMB Classic dengan pemain baru terbaik tahunan itu mengekori rapat dengan 67 pukulan dengan 12 di bawah par 132.

Schauffele mencuri tumpuan apabila berjaya melakukan eagle di lubang ketiga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia