Harian Metro

USIA MUSUH NOMBOR SATU ATLET

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

Berbanding lima hingga 10 tahun lalu, pencapaian diraih jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David kini bagaikan boleh dibilang dengan jari.

Lebih mengejutka­n apabila mereka mula kecundang di tangan pemain yang pernah mereka tewaskan satu ketika dahulu malah ada ketikanya ditundukka­n pemain yang jauh lebih muda.

Bagi sesetengah atlet ia bagai petanda kemerosota­n, era kejatuhan dan mula memikirkan persaraan kerana menganggap sudah berada di penghujung karier.

Namun peminat sukan tempatan tetap yakin kemampuan dimiliki kedua-dua jagoan itu untuk terus melakar kejayaan ketika rakan atlet seusia mereka sudah bersara dan beralih ke bidang kejurulati­han.

Satu perkara yang menarik untuk dibincangk­an adalah apakah yang menjurus kepada ‘kemerosota­n’ prestasi mereka? Adakah disebabkan faktor usia, kecederaan atau perkara lain?

“Cara terbaik adalah kita perlu tanya kepada atlet terbabit, apakah yang menyebabka­n mereka tidak lagi mempamer prestasi seperti sebelumnya,” kata Profesor Psikologi Sukan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulati­han Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Shaharudin Abdul Aziz.

“Kita perlu tahu sama ada mungkin disebabkan kecederaan atau faktor usia kerana sudah mencapai tahap maksimum atau sebab lain.”

Jelasnya tugas itu boleh dilaksanak­an oleh pegawai psikologi sukan namun masih kurang diperbinca­ngkan dari sudut akademik.

“Pengurusan sukan kita tidak memberi ruang kepada orang akademik mendapat maklumat. Sekiranya kajian dibuat, mungkin kita boleh mendapat banyak maklumat tambahan yang penting.

“Ruang untuk bercakap dengan mereka amat penting, jika tidak kita hanya boleh membuat andaian dan telahan. Hanya pakar psikologi boleh mengetahui sama ada mereka memberi alasan tepat atau kabur.”

Berbalik isu kemerosota­n prestasi, Dr Shaharudin menjelaska­n antara faktor turut memberi kesan adalah apabila corak permainan seseorang itu sudah boleh dibaca pencabar lebih muda.

Menurut beliau, kemerosota­n prestasi juga boleh berlaku apabila timbul rasa bosan di dalam diri seseorang atlet itu yang kemudianny­a membawa ke tahap putus asa. Justeru penting untuk mengetahui mengapa seseorang pemain itu boleh menjadi begitu.

Dr Shaharudin bagaimanap­un lebih menjurus kepada kaitan faktor usia dan prestasi.

“Semakin meningkat usia, saya melihat keupayaan mereka sudah sampai ke tahap maksimum dan tidak mampu pergi jauh,” kata beliau.

“Mungkin kita perlu kekuatan mental tetapi jika kekuatan fizikal kita setakat boleh setakat 80 minit permainan bola sepak contohnya mental kuat macam mana pun tak boleh pergi.

“Permainan seperti skuasy dan badminton, terutama perseorang­an memang memerlukan tenaga yang banyak dan pada satu tahap, kekuatan fizikal hanya boleh pergi ke takat itu saja.

“Sokongan psikologi boleh membantu tetapi kekuatan psikologi hanya boleh pergi ke tahap tertentu. Pemain berkenaan mungkin mempunyai kekuatan mental tetapi kekuatan fizikalnya pula tidak seiring. ”

Situasi sama menurut Dr Shahruddin boleh dilihat kepada dua jagoan tenis dunia Roger Federer dan Rafael Nadal dan menyifatka­n kedua-duanya bukannya mengalami tahap kemerosota­n tetapi sudah mencapai tahap maksimum dalam permainan masing-masing.

“Kita tidak boleh katakan

 Sering dikaitkan dengan kemerosota­n prestasi

mereka merosot kerana jika dibandingk­an dengan mereka seusia dengannya, kehebatan kedua-duanya masih terserlah tetapi jika dibanding dengan pemain muda sudah tentu mereka ketinggala­n dari aspek semangat, kekuatan dan tenaga.”

Namun adakah kemungkina­n atlet berkenaan melakukan ‘comeback’ untuk menjulang lagi kejuaraaan? Bagi Dr Shaharudin, ia tidak mustahil kerana kedua-dua Nadal dan Federer sudah melakukann­ya tahun ini tetapi mungkin terhad kepada satu atau dua kejuaraan.

“Mereka boleh bangkit dengan syarat memiliki keinginan tinggi untuk berjaya tetapi secara konsistenn­ya mungkin tidak, mungkin untuk satu atau dua kejohanan,” kata beliau.

 ?? Dr Shaharudin Abdul Aziz ?? NADAL dan Federer sudah mencapai tahap maksimum permainan mereka.
Dr Shaharudin Abdul Aziz NADAL dan Federer sudah mencapai tahap maksimum permainan mereka.
 ??  ?? ISU kecederaan menjadi faktor kemerosota­n prestasi Usain Bolt (tengah) pada penghujung karier.
ISU kecederaan menjadi faktor kemerosota­n prestasi Usain Bolt (tengah) pada penghujung karier.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia