Harian Metro

Saharul hadkan waktu berlakon

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Pelakon Saharul Ridzwan, 28, mengakui semakin bahagia dan matang selepas berkahwin dan memperoleh cahaya mata.

Perkahwina­nnya dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 29, pada 16 September 2016, kini tambah bahagia dengan kehadiran anak lelaki, Muhammad Luth

Ali pada 6 Jun lalu.

Kata Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, dia kini lebih banyak menghabisk­an masa dengan keluarga selain perlu bekerja keras untuk membahagia­kan anak dan isteri.

“Sebagai suami dan bapa, saya ketua keluarga. Jadi, tanggungja­wab saya makin besar berbanding ketika bujang dulu.

“Saya juga kini mengehadka­n masa lakonan demi melihat anak membesar di depan mata,” katanya.

Apabila mempunyai anak, Saharul akui jadual penggambar­annya terpaksa disusun sebaikbaik­nya supaya ada masa bersama anak dan isteri.

Dia tidak mahu kerana mengejar tawaran yang datang dia terlepas momen penting bersama anak.

“Saya tidak mahu anak membesar tanpa melihatnya. Biarlah saya jadi seorang ayah yang dapat melihatnya setiap hari kerana ia sebahagian tanggungja­wab,” katanya.

Saharul mengaku pintu rezekinya semakin luas apabila berkeluarg­a. Bukan hanya lakonan, malah Saharul kini terjun dalam dunia muzik apabila merakamkan single Buku Putih bersama Ajai.

Untuk lagu ini, Saharul menyanyika­n bahagian rap persis pelawak, Zizan Razak yang sebelum ini tampil sebagai rapper.

Kata Saharul, dia bukanlah penyanyi profesiona­l dan tidak pandai menyanyi ikut melodi.

“Saya tahu tonasi suara tidak sampai hingga boleh menyanyi lagu secara penuh, nyanyi rap bolehlah.

Biarpun sudah menceburi dunia muzik, tidak bererti bidang lakonan akan ditinggalk­an.

“Lakonan sudah menjadi suatu bentuk keghairaha­n dan semangat buat saya. Namun saya juga suka menulis apabila mempunyai waktu lapang.

“Ketika berada di set penggambar­an, saya akan membuka nota dan menulis sesuatu perkara yang dapat mengekpres­ikan diri,” katanya.

Buku Putih adalah luahan Saharul kerana ia ditulisnya dari hati. Katanya, lagu itu menceritak­an mengenai persahabat­an yang benarbenar berlaku pada dirinya.

“Sebelum ini umum mengenali saya sebagai pelakon, tapi melalui lagu ini yang saya tulis bersama Abang Ajai adalah Saharul Ridzwan yang sebenar. Lagu ini akan dilancarka­n tidak lama lagi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Biarpun sudah menceburi dunia muzik, tidak bererti bidang lakonan akan ditinggalk­an
Biarpun sudah menceburi dunia muzik, tidak bererti bidang lakonan akan ditinggalk­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia