Harian Metro

‘bolehlah untuk terus aktif’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Meskipun masa berlalu, sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu arahan Othman Hafsham yang diterbitka­n pada 1985 tidak pernah jemu ditonton.

Buktinya, banyak pengguna laman sosial Facebook berkongsi pautan sitkom ini yang boleh ditonton di saluran YouTube.

Sitkom ini berjaya mencipta populariti buat Imuda, Allahyarha­m

Zami Ismail (Pak Uda), Allahyarha­m Muhammad Abdullah (Pak Busu), Wan Maimunah (Mak Busu), Khatijah Tan (Mak Ngah), Sulaiman Yassin (Mat

Over), Sabri Yunus (Wan Ismail Golok), Datin Marlia Musa (Ana), Angeline Tan, Accapan dan Sathia.

Kenangan manis ini kekal terpahat di ingatan Imuda atau Abdul Rahim Muda yang masih bergiat aktif dalam seni.

Bagaimanap­un, Imuda, 57, mengakui kurangnya tawaran muncul pada program televisyen membuatkan segelintir peminat menyangka dia sudah bersara.

“Tawaran untuk saya boleh dikatakan tak rancak macam dulu, tapi kira bolehlah untuk terus aktif dalam bidang seni.

“Saya masih dapat undangan menyanyi dan mengacara program seperti hari keluarga serta majlis tertutup,” katanya.

Imuda berkata, dia bukan letak harga dalam soal bayaran tetapi akur ini zaman artis generasi baru mengecap populariti dan buat duit.

“Bagi saya, ini lumrah dan mana-mana artis pun pasti akan melaluinya. Apabila umur mencecah 50 tahun, sedikit demi sedikit populariti akan hilang.

“Ketika zaman kegemilang­an dulu, jadual saya memang padat dengan pelbagai tawaran. Sekarang program televisyen pun ramai artis generasi baru yang dapat,” katanya.

Kata Imuda, antara drama yang dibintangi seperti

Waris Kampung Semarah Padi arahan Melissa Saila yang disiarkan di TV1 dan telefilem Semerah Darah arahan Mamat Khalid untuk Astro.

“Sekurang-kurangnya ini dapat mengubati kerinduan peminat selain memberitah­u yang saya masih aktif berlakon.

“Situasi sekarang pun dah tak macam dulu. Bayangkan kalau dulu ditawarkan untuk

Masih terima

tawaran mengacara, menyanyi walaupun tidak serancak

ketika di puncak populariti

berlawak atau mengacara, saya akan digandingk­an dengan Mat Over atau Angeline Tan. Sekarang saya hanya berseorang­an atas alasan kekurangan bajet,” katanya.

Imuda juga pernah tampil dengan single Rilek Brader dan Blues Nasi Kandar berganding bersama Art Fazil.

Selain memenuhi undangan, Imuda juga masih aktif melukis komik, potret dan karikatur menerusi syarikatny­a Imuda Art yang sering terbabit dengan pameran dan karnival besar.

Dia pernah menerbitka­n komik ATEE? Kartun Penglipurl­ara yang mengambil watak Pak Uda sebagai kandungan cerita dan dijual secara online serta langsung kepada pembeli dengan harga RM10.

Imuda juga bahagia bersama keluarga dan paling menggembir­akan apabila mendapat anak perempuan, Ryasya Zara pada 23 Julai lalu kerana menjadi cucu perempuan sulung keluarga isterinya, Zabarina Ali.

Ryasya juga anak kedua hasil perkahwina­n Imuda dengan Zabarina manakala anak pertama, lelaki yang kini berusia tujuh tahun.

Terdahulu, Imuda mempunyai dua anak dengan bekas isteri pertama

Ketika zaman kegemilang­an dulu, jadual saya memang padat dengan pelbagai tawaran. Sekarang program televisyen pun ramai artis generasi baru yang dapat

yang kini masing-masing berusia 22 dan 16 tahun.

Kata Imuda, dia juga baru kembali ke Kuala Lumpur selepas menetap buat sementara di Pulau Pinang menemani isteri yang menjalani tempoh berpantang di sana.

 ??  ??
 ??  ?? IMUDA bersama isteri dan anak.
IMUDA bersama isteri dan anak.
 ??  ?? KENANGAN bersama rakan seangkatan antaranya Zami Ismail (kanan) dan Datuk Lat (dua dari kiri).
KENANGAN bersama rakan seangkatan antaranya Zami Ismail (kanan) dan Datuk Lat (dua dari kiri).
 ??  ?? BERSAMA karakter kartunnya, Mat Gelap.
BERSAMA karakter kartunnya, Mat Gelap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia