Harian Metro

Peluang

-

Bermain di tempat sendiri bukan satu kelebihan, beraksi di gelanggang lawan tidak semestinya tertekan, andaian awal yang dapat dibuat menjelang perlawanan separuh akhir Piala Malaysia esok antara FELDA United menentang Kedah dan Perak melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

Bagi mengulas aksi separuh akhir pertama ini, bekas pemain bola sepak Selangor dan kebangsaan yang sekarang ini aktif menjadi pengulas serta pengkritik di beberapa siaran televisyen, Lim Chan Yew sudi berkongsi pandangann­ya untuk keduadua perlawanan ini.

Bagaimanap­un, Chan Yew mengakui bahawa kuasa penyokong juga menjadi penentu di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dan Stadium Perak, Ipoh walaupun di atas padang tumpuan diberikan kepada 22 pemain untuk setiap perlawanan.

“Memang Pahang tidak layak ke separuh akhir namun saya jangka penyokong mereka akan beramai-ramai turun ke Jengka memberi sokongan padu kepada FELDA United. Selain itu saya juga mengharapk­an semangat kesukanan yang tinggi dari keempat-empat pasukan yang beraksi di pentas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia