Harian Metro

Landskap semula jadi

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Summer Palace dikenali sebagai tempat pelanconga­n unik di China

di daerah Haidian di barat laut Beijing,

Summer Palace ini hanya 15 kilometer dari kawasan pusat bandar.

Muncul antara taman diraja terbesar dan terawal di China, Summer Palace dilatari hortikultu­r serta landskap dengan pemandanga­n semula jadi.

Malah, ia turut memperliha­tkan keunikan seni bina dan budaya masyarakat­nya selain dikenali sebagai Muzium Taman Diraja.

Pembinaan taman itu dikatakan bermula pada 1750 sebagai taman diraja mewah untuk golongan itu berehat dan berhibur.

Ia kemudian menjadi kediaman utama ahli kerajaan pada akhir Dinasti Qing.

Menurut dokumen sejarah dengan nama asalnya sebagai Qingyi Garden, Summer Palace atau Yiheyuan itu dinamakan semula selepas pembinaan semula buat kali pertama pada 1888. Sekitar 1924, Summer Palace dibuka kepada orang ramai.

Ia disenaraik­an sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada

1998 dan antara tempat pelanconga­n unik di China.

Tiada yang menafikan landskap semula jadi di Summer Palace itu.

Malah, ia turut terdiri daripada Longevity Hill (Wanshou Shan) dan Kunming Lake dengan luas keseluruha­n kira-kira 300 hektar.

Terdapat lebih 3,000 struktur purba buatan manusia yang menghiasi ruang bangunan berkeluasa­n lebih daripada 70,000 meter persegi itu.

Membabitka­n pavilion, menara, jambatan dan koridor.

Summer Palace dibahagika­n kepada empat bahagian iaitu dataran atau ‘court area,’ kawasan depan Longevity Hill dan Lake Kunming.

Bahagian dataran itu turut berfungsi sebagai hab pengangkut­an bersepadu dan perhentian pertama bagi pengunjung untuk menikmati pemandanga­n menarik di Kunming Lake serta Longevity Hill.

Sementara bahagian depan Longevity Hill pula antara lokasi popular pengunjung dengan pemandanga­n indah binaan unik di depan mata.

Ia dibina secara simetri pada bahagian timur dan barat Summer Palace itu denga kehadiran beberapa taman indah yang membuatkan suasana benar-benar semula jadi.

Berada di Kunming Lake, iaitu antara kawasan paling luas di Summer Palace tentunya pemandanga­n indah dapat anda saksikan.

Tasik itu menghubung­kan West Causeway dan Long Gallery apabila kedua-duanya boleh diakses dengan jambatan.

 ??  ?? SAUJANA indah sebahagian Summer Palace.
SAUJANA indah sebahagian Summer Palace.
 ??  ?? TURUT memperliha­tkan keunikan seni bina dan budaya masyarakat­nya.
TURUT memperliha­tkan keunikan seni bina dan budaya masyarakat­nya.
 ??  ?? LANDSKAP hijau yang
turut diserikan dengan pokok teratai.
LANDSKAP hijau yang turut diserikan dengan pokok teratai.
 ??  ?? KUNMING Lake, iaitu antara kawasan paling luas di Summer Palace tentunya pemandanga­n
indah dapat anda saksikan.
KUNMING Lake, iaitu antara kawasan paling luas di Summer Palace tentunya pemandanga­n indah dapat anda saksikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia