Harian Metro

Pilihan pakaian lengkapi gaya hidup, budaya global

-

Mengetenga­hkan komitmen syarikat untuk Seni & Budaya, Uniqlo dengan bangga mengumumka­n pemilihan jenama fesyennya oleh Muzium Seni Moden bagi mengetenga­hkan Item: Adakah Fesyen Moden?

Pameran buat julung kali itu bermula 1 Oktober lalu dan menampilka­n

111 pakaian serta aksesori berpengaru­h yang mempunyai kesan mendalam di dunia sejak abad lalu.

Item yang dipilih termasuk Hana Tajima untuk UNIQLO AIRism Printed Stole dan Hana Tajima untuk UNIQLO AIRism Inner Hijab.

Keduaduany­a dipilih untuk seksyen bertemakan kesopanan. Ia kemudian diketengah bagi pameran bertajuk Emancipati­on (emansipasi), Modesty (rendah hati) dan Rebellion (pemberonta­kan).

AIRism diketengah sebagi item hijab berikutan mempunyai tekstur unik, halus, selesa serta memiliki ciri penyejukan kepada pemakainya.

Kerjasama antara

Uniqlo dengan Hana Tajima bermula sejak jenama itu memperkena­lkan koleksi musim luruh dan sejuk 2015 di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Berikutan kejayaan yang dilakar, koleksi itu kemudianny­a muncul pada musim bunga dan panas 2016 di Amerika Syarikat, United Kingdom, Filipina dan kini di 15 negara.

Ia sekali gus membuktika­n komitmen Uniqlo dalam menawarkan pilihan pakaian melengkapi gaya hidup dan budaya global.

Koleksi itu juga membantu ramai wanita mencari pakaian yang selesa, tidak terlalu ketat dan versatil tanpa mengira latar belakang, usia, bangsa mahupun kepercayaa­n agama.

Menurut Pengarah Kreatif Global, Jenama dan Projek Khas Uniqlo Shu Hung, Hana adalah pilihan rakan kongsi yang tahu mengenai kehendak pengikut fesyen semasa.

“Dengan Hana, kami mencapai koleksi tersendiri yang menggabung­kan kreativiti dengan komitmen sehingga terhasilny­a produk berkualiti tinggi yang memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami,” katanya.

 ??  ?? MODEL menggayaka­n Uniqlo AIRism Printed Stole.
MODEL menggayaka­n Uniqlo AIRism Printed Stole.
 ??  ?? HANA Tajima mengenakan Uniqlo AIRism Printed Stole.
HANA Tajima mengenakan Uniqlo AIRism Printed Stole.
 ??  ?? UNIQLO AIRism Inner Hijab.
UNIQLO AIRism Inner Hijab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia