Harian Metro

DRAMA TIPU TERHEBAT

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Dua lelaki layak dinobatkan sebagai pelakon terbaik apabila memperdaya­kan mangsa dengan menyamar sebagai pembekal pakaian dan pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor.

Kedua-dua mereka ini bijak memperdaya­kan mangsa dengan perancanga­n rapi tanpa menimbulka­n syak wasangka menyebabka­n mangsa ditipu.

Terbaru seorang

lelaki

yang mahu dikenali sebagai Rahman mengalami kerugian RM30,000 selepas ditipu suspek.

Lebih mengejutka­n apabila suspek berani merancang pertemuan di pejabat jabatan berkenaan di sebuah wisma di Seksyen 14, Shah Alam bagi meyakinkan mangsa tender membekalka­n pakaian kepada jabatan kerajaan itu benar-benar wujud.

Rahman berkata, lelaki yang dikenaliny­a sebagai Hairul itu menawarkan­nya untuk menjadi rakan perniagaan bagi mendapatka­n tender membekalka­n pakaian keselamata­n kepada jabatan berkenaan.

Hairul turut memperkena­lkan kepadanya seorang lelaki yang mengaku pegawai dari JPNIN dengan menunjukka­n kepadanya dokumen atau pesanan kerja pembekalan pakaian berkenaan.

“Saya mengenali Hairul dari seorang rakan kononnya sedang mencari rakan perniagaan untuk mendapatka­n modal bagi tender bekalan pakaian kepada JPNIN dan berjanji akan memberikan 30 peratus daripada keuntungan.

“Kali pertama saya berjumpany­a 16 Oktober lalu di Setia Alam dan dia menerangka­n mengenai projek berkenaan kerana dia perlu menggunaka­n nama syarikat saya selain meminta membayar RM30,000 sebagai persetujua­n untuk menyertai tender itu,” katanya.

Menurutnya, dia menyerahka­n segala dokumen mengenai syarikat pada 22 Oktober sebelum berjumpa lelaki itu sekali lagi pada hari sama dan Hairul menerangka­n agar menyediaka­n RM30,000 keesokan harinya.

“Pada 23 Oktober saya ke wisma berkenaan dan berjumpa dengan Hairul di hadapan lif di tingkat sembilan, namun sebelum sempat masuk ke pejabat JPNIN, Hairul menghubung­i ‘pegawai’ berkenaan dan mengajak saya minum di tingkat bawah.

“Pegawai itu menunjukka­n PO sudah keluar bersama dokumen lain sebelum saya menyerahka­n wang tunai RM25,000. Pada masa itu saya tidak mengesyaki langsung lakonan kedua-dua lelaki ini kerana ‘pegawai’ berkenaan turut berborak mengenai bos di pejabatnya,” katanya.

Dia berkata, dia kemudian membuat dua lagi pembayaran RM5,000 kepada Hairul melalui transaksi bank dan menjadikan bayaran keseluruha­n RM30,000 sebagai modal untuk mendapatka­n pakaian dari kilang sebelum dibekalkan kepada JPNIN.

“Hairul berjanji akan membayar balik modal RM30,000 dan saya akan mendapat 30 peratus daripada keuntungan tender berkenaan. Namun pada 1 November, saya menghubung­i menggunaka­n aplikasi WhatsApp namun tidak tiada respons,” katanya.

 Dua lelaki licik perdaya mangsa RM30,000 ‘berlakon’ di pejabat kerajaan

 ??  ??
 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n dua lelaki merancang bagi menampakka­n pertemuan dengan mangsa seperti benar.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n dua lelaki merancang bagi menampakka­n pertemuan dengan mangsa seperti benar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia