Harian Metro

ANGKARA BEKAS BIRAS

- Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my

 Wanita nafi tolak, anak terjatuh sendiri atas jalan

“Semua itu fitnah dan cerita palsu sengaja direka bekas biras dengan niat mahu menjatuhka­n maruah saya sebagai ibu kandung.

“Saya tidak memukul atau menolak anak saya, sebaliknya dia terjatuh sendiri di atas jalan,” demikian penjelasan wanita dikenali sebagai Umi, 38, yang mendapat kecaman netizen selepas didakwa memukul anak kandung di depan rumahnya di Taman Mahkota Emas, di sini, Isnin lalu.

Umi berkata, kejadian itu bukan berlaku di depan rumahnya seperti yang tular di media sosial, tetapi berlaku di depan rumah rakannya di Taman Sri Teruntum pada jam 1.30 tengah hari.

Menurutnya, sebelum kejadian, anaknya keluar bermain bersama anak rakannya namun tidak pulang sebelum dia berpusing tiga kali untuk mencari di sekitar taman berkenaan namun gagal.

Dia mula menjadi marah dan terkejut melihat anaknya pulang bersendiri­an sambil memeluk anak anjing yang ditemui.

“Saya hanya marah dia kerana memeluk anak anjing sedangkan haiwan itu haram disentuh.

“Gambar menunjukka­n dia terjatuh itu bukan ditolak saya, tetapi terjatuh sendiri sebelum anak masuk ke dalam kenderaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Umi berkata, laporan perubatan dibuat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan mengesahka­n anaknya tidak cedera ataupun luka.

Katanya, dia mengalami lebam di tangan kanan kerana terkena pintu belakang kereta ketika menyuruh anaknya masuk ke dalam kenderaan.

“Saya tahu perbuatan siapa yang sengaja viralkan kejadian itu di laman sosial dan dia bekas biras saya. Saya bersedia untuk ambil tindakan undang-undang kerana dia menjatuhka­n maruah saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan kejadian itu. “Ibu mangsa berusia 38 tahun tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada hari sama untuk memberi keterangan,” katanya.

Beliau berkata, polis mengesahka­n kejadian itu tidak berunsurka­n kes penderaan, sebaliknya hanya salah faham dalam keluarga dan doktor turut mengesahka­n mangsa tidak cedera.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia