Harian Metro

Jual kereta curi di pantai timur

-

Curi kenderaan di Lembah Klang sebelum dihantar dan dijual ke negeri pantai timur dengan harga tidak masuk akal.

Itu antara kegiatan jenayah dilakukan tujuh individu termasuk dua wanita yang dikesan menjual kenderaan curi dengan menggunaka­n khidmat ‘orang tengah’ sebagai ejen.

Semua mereka bagaimanap­un ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan itu dalam tiga serbuan berasingan di Machang dan Ketereh, Kelantan serta Shah Alam, Selangor, sejak operasi dilakukan bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, semua suspek berusia antara 25 hingga 53 tahun itu ditahan dalam operasi khas, Op SKM Bintang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia