Harian Metro

Siap siaga gelombang kedua, ketiga banjir

-

Putrajaya: Waspada dan bersiap siaga untuk gelombang kedua dan ketiga banjir.

Itu nasihat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada mangsa banjir di seluruh negara kerana berdasarka­n ramalan Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MET Malaysia), akan ada gelombang kedua dan ketiga banjir.

Justeru, katanya, beliau mahu semua pihak bersiap siaga berdepan perkara itu dan pada masa sama mengetepik­an perbezaan politik dalam menghulurk­an bantuan kepada mangsa banjir.

“Saya menasihatk­an supaya semua pihak mematuhi arahan dan nasihat dikeluarka­n MET Malaysia supaya pemindahan dapat dilakukan mengikut piawaian ditentukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jawatankua­sa Bencana Negara yang dipengerus­ikan saya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, misi bantuan berterusan daripada jabatan dan agensi kerajaan ke negeri dilanda banjir membuktika­n Kerajaan Persekutua­n ‘buta warna’ dalam hal membantu rakyat.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, selain menterjema­hkan komitmen kerajaan membantu mereka yang ditimpa musibah, bantuan itu sebenarnya dilakukan atas rasa kemanusiaa­n yang tinggi terhadap kesusahan orang lain.

“Saya ucapkan terima kasih kepada jabatan, agensi atau badan bukan kerajaan yang sentiasa prihatin dengan nasib masyarakat walaupun negeri yang dilanda musibah dipimpin parti politik yang berbeza daripada Kerajaan Pusat,” katanya.

Katanya, beliau juga kecewa dengan kenyataan segelintir pihak yang mempertika­ikan kelambatan agihan bantuan diberikan Kerajaan Persekutua­n kepada mangsa banjir.

 ??  ?? DR Ahmad Zahid pada Majlis Penyerahan Sumbangan Misi Bantuan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia 2.0.
DR Ahmad Zahid pada Majlis Penyerahan Sumbangan Misi Bantuan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia 2.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia