Harian Metro

KADAR AMBILAN CECAH 80%

Projek hartanah bercampur The Robertson beri nilai tambah bermanfaat kepada komuniti

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Gamuda Land menerusi projek hartanah bercampur The Robertson merangkumi menara kediaman dan komersial yang bakal siap sepenuhnya April 2018 mencatatka­n kadar pengambila­n mencecah 80 peratus.

Ketua Pegawai Operasinya Ngan Chee Meng berkata, projek terbabit dilancarka­n pada 2014 dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) kira-kira RM878 juta di kawasan seluas 1.21 hektar di Jalan Robertson, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sebagai perancang projek perbandara­n, Gamuda Land mahu

mewujudkan kediaman dan komersial yang memanfaatk­an komuniti dengan nilai tambah untuk jangka panjang.

“The Robertson yang mempunyai tiga fasa pembanguna­n meliputi unit kediaman dan komersial saling melengkapi di samping lokasi yang strategik di bandar dan memberikan akses jaringan ke serata tempat tumpuan.

“Malah, kami juga membangunk­an projek hartanah bersepadu dengan perancanga­n teliti termasuk fasiliti moden seperti kolam renang bersaiz Olimpik, jakuzi, studio menari, teater, taman rekreasi dan tempat permainan kanak-kanak,” katanya pada majlis pelancaran Galeri Jualan The

Robertson di sini, semalam.

Projek yang mempunyai tiga komponen iaitu tiga menara membabitka­n satu menara 10 tingkat untuk komersial dan dua lagi untuk segmen kediaman, masing-masing mempunyai 35 tingkat dan 39 tingkat.

Ngan berkata, The Robertson mempunyai rangkaian kemudahan pengangkut­an awam berdekatan seperti Stesen LRT Plaza Rakyat, Stesen LRT Hang Tuah, Stesen Monorel Imbi, Stesen MRT Merdeka dan Bukit Bintang.

“Sambungan kepada kemudahan ini adalah elemen penting kepada projek yang memberikan kelancaran dan kelebihan penghuniny­a berkunjung ke tempat tarikan lain seperti KLCC, Pusat Perubatan Tung Shin, Sekolah Menengah Stella Marris dan St John Institutio­n,” katanya.

The Robertson menawarkan 793 unit kediaman berharga dari RM895,000 bagi unit tanpa perabot manakala unit lengkap pula dari RM990,800.

 ??  ?? NGAN (dua dari kiri) merasmikan majlis pelancaran galeri jualan The Robertson, semalam.
NGAN (dua dari kiri) merasmikan majlis pelancaran galeri jualan The Robertson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia