Harian Metro

Padah bocor maklumat rahsia

-

Singapura: Seorang kakitangan awam didakwa atas tuduhan membocorka­n maklumat rahsia mengenai laman web perumahan kerajaan kepada wartawan seterusnya mencetuska­n dakwaan pihak berkuasa cuba ‘menakutkan’ media.

Ng Han Yuan, 25, kakitangan agensi perumahan kerajaan yang bertanggun­gjawab terhadap apartmen awam yang menjadi kediaman kebanyakan rakyat negara itu, berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi apabila menyerahka­n maklumat kepada wartawan Janice Tai.

Dia didakwa memberi butiran kepada Janice pada Mei lalu mengenai portal dalam talian yang bakal bersiaran secara langsung mulai Januari tahun depan yang membolehka­n rakyat menjual semula apartmen awam mereka.

Janice yang juga wartawan akhbar Straits Times menemui beberapa organisasi termasuk agensi itu Lembaga Perumahan dan Pembanguna­n - untuk mendapat ulasan maklumat diperolehn­ya, kata polis.

Agensi perumahan itu terus melaporkan kejadian kepada polis selepas mendapati soalannya menjurus maklumat yang tidak pernah didedahkan untuk orang awam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia