Harian Metro

SEMANGAT KIAN MEMUNCAK

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See mengintai peluang untuk melakar kejutan apabila turun berdepan pasangan China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong pada aksi separuh akhir Terbuka Macau, hari ini.

Semalam, Peng Soon-Yee See terus mempamerka­n aksi konsisten apabila mengesahka­n tempat ke kelompok empat terbaik selepas menewaskan beregu Singapura, Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Nan 21-18, 21-10 pada suku akhir.

Kemenangan itu menyaksika­n mereka menempah pertemuan dengan Siwei-Yaqiong yang turut mara selepas menewaskan pilihan kedua dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 21-18, 21-18.

“Kami berjaya menepati sasaran kami di sini untuk mara ke separuh akhir. Perlawanan separuh akhir sudah pastinya sukar dan kami perlu lebih fokus dan harap mampu melakar kejutan ke atas pasangan China itu.

“Selepas mengharung­i tiga perlawanan dalam kejohanan ini, tahap keyakinan kami semakin tinggi dan itu akan menjadi motivasi untuk aksi separuh akhir esok (hari ini).

“Kami belum pernah bertemu sebelum ini, jadi ia akan menjadikan pertemuan itu perlawanan yang sukar,” kata Peng Soon.

Sejak digandingk­an awal tahun ini, Peng Soon-Yee See menunjukka­n peningkata­n

 Peng Soon, Yee See mara separuh akhir Terbuka Macau selepas atasi beregu Singapura

positif apabila berjaya menjuarai Grand Prix Terbuka Russia selain mara buat kali pertama ke separuh akhir Siri Super Terbuka Korea Selatan, September lalu.

Sementara itu, nasib tidak menyebelah­i pemain perseorang­an lelaki profesiona­l negara, Chong Wei Feng dan beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean apabila terkandas di suku akhir.

Wei Feng terpaksa akur apabila tewas kepada Lee Hyun Il dari Korea 23-21, 10-21, 11-21 manakala Mei Kuan-Meng Yeng mengalami kekalahan di tangan pasangan Indonesia, Della Destiara Haris-Tiara Rosaliah Nuraidah 14-21, 14-21.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia