Harian Metro

Massa sedih sokongan merosot

-

Paulo: Felipe Massa

mengakui persaraann­ya daripada dunia Formula Satu memang pasti berlaku tetapi terkilan dengan kemerosota­n sambutan warga Brazil terhadap sukan itu.

Ketika sesi temu bual dengan media menjelang Grand Prix Brazil hujung minggu ini, Massa mengimbau zaman gemilangny­a bersama Ferrari apabila mencatat 11 kemenangan serta detik pahitnya terlepas gelaran dunia pada 2008 selain rasa terhutang budi kepada penyokong Brazil yang kini dihimpit masalah kemeleseta­n ekonomi.

(gambar)

Musim depan, tanpa kelibat Massa di grid, Brazil buat julung kali tidak lagi ada wakil pemandu dalam sukan berprestij itu yang mula menggegar bumi Brazil sejak 1969.

Penampilan Massa, 36, tentunya menjadi kenangan sebaris dengan jaguh pemandu hebat antaranya Emerson Fittipaldi dan Nelson Piquet hingga ke era Ayrton Senna dan Rubens Barrichell­o.

“Ya, benar kami di Brazil sedang menderita. Ia bukan saat mudah untuk kewangan rakyat Brazil., tapi saya benar-benar berharap rakyat Brazil terus mengekalka­n sokongan mereka ke atas sukan ini,” katanya.

Perlumbaan hujung minggu ini perlumbaan terakhir Massa sebelum dia mengucapka­n selamat tinggal di Litar Interlagos.

Massa sepatutnya bersara musim lalu namun terpaksa kembali selepas dipujuk untuk kekal semusim lagi bersama Williams, selepas rakan sepasukan Valtteri Bottas menyertai Mercedes pada Januari.

“Perasaan yang saya alami selepas tamat musim lalu sukar digambarka­n, saya rasa apa yang alami tahun lalu sudah lebih daripada mencukupi,” katanya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia