Harian Metro

Cinta Ludivine bukan kerana wang

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Ketika Bacary Sagna berkahwin dengan kekasihnya, Ludivine Kadri ramai peminat bola sepak mempersoal­kan bahawa model Perancis itu hanya memburu kekayaan sematamata memandangk­an rupa pertahanan kanan itu tidak sekacak David Beckham mahupun Cristiano Ronaldo.

Bagaimanap­un, andaian peminat ketika itu ternyata kurang tepat, Ludivine dan Sagna sudah berkenalan sejak di zaman remaja lagi, percintaan mereka begitu teguh sehingga sentiasa berdamping bersama walaupun terpaksa merantau ke England.

Sagna dan Ludivine yang berkahwin pada 17 Julai 2010 serta turut dihadiri rakan sepasukan di Arsenal Alex Song dan William Gallas dikurniaka­n cahaya mata lelaki, Elias dan Kais.

Pernikahan dengan kekasih lamanya itu dilangsung­kan sebaik berakhirny­a Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, di mana dia beraksi kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan sebelum Perancis tersingkir apabila tumpas kepada tuan rumah pada aksi terakhir.

Ketika itu Sagna pernah membuat kenyataan bahawa dia merasakan tugas di Afrika Selatan lebih penting berbanding pernikahan­nya bersama Ludivine, namun mereka disatukan sebaik saja Perancis terpaksa pulang awal.

Lebih menarik Ludivine tidak kecewa dengan kenyataan pemain yang mempunyai darah Senegal itu, kerana dia sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada suaminya apabila sentiasa kelihatan turun ke stadium setiap kali ada perlawanan membabitka­n Sagna, baik di peringkat kelab mahupun negara.

Umum mengetahui kehidupan Sagna menjadi semakin mewah apabila dia berhijrah ke Arsenal dari Auxerre dan selepas itu ke Manchester City, antara kelab paling kaya di England.

Itu semua bukan menjadi buruan Ludivine kerana mereka sudah lama berkawan, walaupun Sagna lahir di Senegal, dia dibesarkan di Perancis.

Ludivine dikatakan mula menjalin hubungan cinta bersama Sagna ketika dia baru berusia 17 tahun dan perbezaan usia lima tahun bukan penghalang kepada mereka untuk hidup bahagia.

Sagna ketika itu juga masih belum mewakili pasukan utama hanya beraksi bersaama Auxerre B dan pada 2007 barulah dia meninggalk­an kekasihnya buat seketika kerana menyertai Arsenal.

Hubungan romantik mereka mula kelihatan apabila Ludivine juga berhijrah ke ibu kota England itu, sebaik saja menamatkan pengajian di peringkat menengah dan mengambil keputusan untuk melanjutka­n pengajian di bahagian model untuk mencapai citacitany­a.

 ??  ?? PROFIL
NAMA:
Ludivine Kadri Sagna TARIKH LAHIR:
6 September 1988
(29 tahun)
TEMPAT LAHIR: Auxerre, Perancis TEMPAT TINGGAL: London, England KARIER: Model BILANGAN ANAK: Dua
PROFIL NAMA: Ludivine Kadri Sagna TARIKH LAHIR: 6 September 1988 (29 tahun) TEMPAT LAHIR: Auxerre, Perancis TEMPAT TINGGAL: London, England KARIER: Model BILANGAN ANAK: Dua
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia