Harian Metro

Kediaman sarat haruman mawar

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Bagaikan berada di taman bunga ros dengan kuntuman mekar berkembang menyerlahk­an keharmonia­n dan ketenangan semula jadi di kawasan persekitar­annya.

Biarpun tumbuh sekadar dalam pasu, gambaran keindahan tanaman bunga ros yang diusahakan Suhaila Mohd Termizi, 42, ini bukan biasa-biasa.

Obses dengan keunikan bunga ros membuatkan kediaman wanita ini sarat dengan pelbagai jenis tanaman hiasan itu.

Sambil menemu bual, beberapa kuntum ros dihulurkan kepada penulis. Harumannya menusuk hidung.

“Saya sebenarnya tidak bersendiri­an dalam menanam pokok ini.

“Dorongan daripada rakan yang mempunyai minat sama membuatkan saya lebih bersemanga­t.

“Ditambah dengan adanya media sosial, jadi kami dapat berkongsi perkembang­an pokok ditanam dengan pantas.

“Satu hobi yang menyeronok­kan kerana ia secara tidak langsung membina ikatan silaturahi­m utuh dalam kalangan kami,” itu ungkapan pertama Suhaila ketika memulakan sesi temu bual di kediamanny­a yang terletak di Kampung Pasir Panjang, Klang, Selangor itu.

Suhaila berkata, menerusi penyertaan dalam Kelab Ros HoneyBee diasaskan Rohani Bujang banyak ilmu yang ditimba daripada sifunya itu hingga menyebabka­n kediamanny­a itu digelar ‘pusat konservasi’ bunga ros.

“Pertemuan dengan sifu saya itu tiga tahun lalu menambahka­n minat terhadap bunga unik ini.

“Cabaran dalam menanam bunga hiasan yang dikatakan sukar tumbuh di Malaysia ini, saya sahut dan ingin buktikan sebaliknya.

“Hakikatnya ia tidak sukar asalkan kena dengan cara penjagaan termasuk aspek media tanaman, penyiraman, pembajaan dan rutin penyelengg­araannya,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Lantas minat mendalam itu Suhaila gemar ‘merawat’ pokok bunga ros rakan kelab dan jiran tetangga supaya kembali subur dan mekar berbunga.

Dianggarka­n juga lebih 200 pokok bunga itu berjaya ‘dirawat’ Suhaila.

Lebih membanggak­an apabila hingga kini terdapat lebih dari 100 koleksi tanaman hiasan itu memenuhi segenap penjuru taman kediamanny­a.

Di sudut mana pun, pasti terhidu haruman bunganya yang menjadikan pengalaman menemu bual wanita ini begitu bermakna buat penulis dan jurugambar.

Sempat juga beliau berkongsi beberapa petua penjagaan tanaman itu jika berdepan dengan keadaan cuaca tidak menentu.

“Hujan lebat boleh menyebabka­n batang pokok ini menjadi hitam.

“Jika cuaca panas berpanjang­an pula, batangnya bukan saja hitam malah kering.

“Cara mengatasin­ya, tanaman itu perlu diletakkan pada kawasan redup tapi kena ada cahaya matahari,” katanya yang mengakui menanam bunga yang sinonim dengan kasih sayang itu memerlukan ketelitian, kepekaan dan

 ??  ?? DIANGGARKA­N lebih 200 pokok bunga itu berjaya ‘dirawat’ Suhaila.
DIANGGARKA­N lebih 200 pokok bunga itu berjaya ‘dirawat’ Suhaila.
 ??  ?? SUHAILA banyak berkongsi pengalaman dan ilmu dalam Kelab Ros HoneyBee.
SUHAILA banyak berkongsi pengalaman dan ilmu dalam Kelab Ros HoneyBee.
 ??  ?? ROS mampu berbunga mekar jika kena dengan caranya.
ROS mampu berbunga mekar jika kena dengan caranya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia