Harian Metro

RELA pecat keahlian

-

Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) mengesahka­n lelaki yang ditahan dalam cubaan menyeludup keluar 700 kilogram (kg) daun ketum ke negara jiran, semalam bukan pegawai RELA sebaliknya ahli sukarelawa­n RELA.

RELA dalam kenyataann­ya semalam berkata, semakan terhadap lelaki berusia 22 tahun itu mendapati dia adalah ahli sukarelawa­n RELA.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pegawai dan anggota RELA yang terbabit dengan kegiatan jenayah.

“Jabatan ini memandang serius terhadap pembabitan lelaki berkenaan dengan kes tersebut dan sudah mengambil tindakan memecat keahlianny­a serta-merta.

“Lelaki itu sudah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang untuk siasatan lanjut. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Lelaki itu ditahan bersama kenderaan pacuan empat roda yang sarat dengan muatan daun ketum segar ketika menggunaka­n laluan kebun getah menuju sempadan Malaysia-Thailand jam 2.45 pagi.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia