Harian Metro

Penduduk bimbang musibah atas kepala

-

Manjung: Sebuah menara telekomuni­kasi didakwa dibina tanpa kelulusan pihak berkaitan di Pusat Perniagaan Manjung Point 3 berhampira­n AEON Seri Manjung, di sini.

Penduduk sekitar turut meluahkan kebimbanga­n mengenai keselamata­n dan kesan kesihatan yang bakal dihadapi mereka dengan kewujudan menara berkenaan.

Penduduk, Adzuan Abdullah berkata, mereka sudah menghantar surat kepada Majlis Perbandara­n Manjung (MPM) beberapa minggu lalu berhubung kebimbanga­n itu supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Menurutnya, pelbagai pihak tertanya-tanya sama ada struktur yang didirikan itu sah atau sebaliknya dan dia juga mahu tahu nama syarikat serta kontraktor yang terbabit dalam memasang struktur itu.

Peniaga, Azwan Ashaari, 26, pula berkata, menara itu tidak mendatangk­an gangguan, namun ia tetap menjadi satu kesalahan jika pembinaann­ya tidak mendapat kelulusan pihak berkaitan.

“Jika tiada menara pemancar telekomuni­kasi memang masalah kerana ia satu keperluan cuma apabila ia membabitka­n pembinaan tanpa kelulusan ia adalah satu kesalahan kerana dibimbangi akan berlaku perkara tak diingini.

“Sebagai penduduk apa yang kami mahukan ada kemudahan yang mendapat kebenaran pembinaan oleh pihak berkuasa supaya masalah lain dapat dielakkan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati, notis sudah diletakkan di menara itu yang menyatakan struktur telekomuni­kasi berkenaan dibina tanpa kelulusan.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MPM Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, pembinaan menara itu tidak mendapat kebenaran MPM.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu notis mengikut Seksyen 70 (1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 sudah dikeluarka­n kepada pemilik tanah pada 25 September lalu namun gagal dipatuhi.

“MPM sekali lagi mengeluark­an notis peringatan terakhir pada Jumaat lalu (10 November) dan jika ia masih gagal dipatuhi MPM boleh mengambil tindakan mahkamah atau merobohkan binaan berkenaan dan kos akan ditanggung pemilik,” katanya.

 ??  ?? MENARA telekomuni­kasi didakwa dibina tanpa kelulusan di Pusat Perniagaan Manjung Point 3, Seri Manjung.
MENARA telekomuni­kasi didakwa dibina tanpa kelulusan di Pusat Perniagaan Manjung Point 3, Seri Manjung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia