Harian Metro

AMAN Malaysia komited bantu bawa pulang Norsuhaya, anak

-

AMAN Malaysia komited membantu membawa pulang Norsuhaya Mat Nassir, 22, bersama anaknya yang kini masih berada di Wilayah Magway, Myanmar.

Pengerusin­ya Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan berkata, perbincang­an awal sudah dilakukan dengan Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

“Kini, kami berkomunik­asi dengan beberapa pihak termasuk Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Myanmar dan Kedutaan Myanmar di sini.

“Aman Malaysia akan beri komitmen terbaik untuk memastikan misi membawa pulang Norsuhaya ke pangkuan keluarga dapat direalisas­ikan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, kini pihaknya berhubung rapat dengan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa Zarina Md Eusope yang menjadi perantara antara pihaknya dengan keluarga wanita terbabit.

“Perkembang­an urusan ini akan kita maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia