Harian Metro

Zahir simpati

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 Perodua bekerjasam­a dengan MKN bekal barangan asas kepada mangsa banjir

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bekerjasam­a dengan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) bagi membekalka­n barangan asas seperti makanan, ubat, produk kebersihan dan keperluan lain kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Di samping itu, Perodua juga melakukan kerja sukarelawa­n untuk pembersiha­n dan pemulihan pascabanji­r.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Dr Aminar Rashidi Salleh berkata, Perodua ingin menyumbang dalam mengurangk­an penderitaa­n akibat banjir.

“Kami bekerjasam­a dengan MKN bagi mengenal pasti cara terbaik ke arah memperbaik­i keadaan mangsa banjir.

“Kami juga kini mengumpul sukarelawa­n dalam kalangan kakitangan untuk dihantar ke utara pada hujung minggu ini atau paling awal pada minggu depan untuk membantu aktiviti pembersiha­n dan lain-lain berkaitan pascabanji­r,” katanya.

Perodua mempunyai 12 bilik pameran jualan dan 13 termasuk dua pusat perkhidmat­an ketuk dan cat di Pulau Pinang, selain 600 kakitangan di negeri itu yang terdiri daripada pekerja secara langsung, ejen jualan sah dan ejen pengedaran yang mana majoriti terjejas akibat banjir, baru-baru ini.

Perodua juga memberikan bantuan awal RM500 dan jumlah itu akan bertambah sehingga RM3,000 bergantung kepada tahap kerosakan rumah dan bantuan lain seperti penyediaan bekalan perubatan, air bersih, selimut dan keperluan lain.

Sebelum ini, Perodua turut menawarkan bantuan kepada pelanggann­ya dalam bentuk diskaun ke atas bahagian terpilih, subsidi perkhidmat­an tundaan ke bengkel Perodua dan pemeriksaa­n kerosakan percuma bagi mengenal pasti jumlah kos baik pulih.

“Kepada pelanggan yang kenderaann­ya terjejas kerana banjir, kami mengalu-alukan untuk menghubung­i talian bebas tol 1-800-88-5555 bagi bantuan tundaan,” katanya.

 ??  ?? WAKIL Perodua menyerahka­n sumbangan wang tunai RM500 kepada kakitangan mangsa banjir.
WAKIL Perodua menyerahka­n sumbangan wang tunai RM500 kepada kakitangan mangsa banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia