Harian Metro

Teruja kenal FullAMark

-

Kuala Lumpur: Iklan yang disiarkan dalam televisyen berkenaan portal pendidikan dan aplikasi telefon pintar iaitu FullAMark membuatkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) St John (1), Aazad Shaqeel Abdullah, 11, teruja untuk mengenalin­ya.

Kata Aazad Shaqeel, konsep e-pembelajar­an yang diperkenal­kan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) itu boleh dijadikan alternatif untuk meningkatk­an prestasi akademikny­a dalam peperiksaa­n.

“Tahun depan saya akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan FullAMark ini boleh dijadikan sebagai persediaan selain mengikuti tuisyen.

“Lagipun, ayah saya ada memberitah­u supaya memilih FullAMark kerana kandungann­ya lebih interaktif membabitka­n penawaran latih tubi mata pelajaran teras,” katanya ketika ditemui selepas Program Melawat Sekolah FullAMark di sini, semalam.

Dalam program anjuran NSTP dengan sokongan Kementeria­n Pendidikan, Jabatan Pendidikan Selangor dan Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur itu, 80 murid tahun lima SK St John (1) terbabit bagi mendapatka­n pendedahan berkenaan pembelajar­an dalam talian, FullAMark.

Seorang lagi pelajar, I Sudheish, 11, berkata, tawaran yang dilakukan FullAMark menyeronok­kan dan dia tertarik dengan kuiz serta aktiviti dalam portal itu.

“Selepas sekolah, saya pasti melayari portal itu, malah memuat naik aplikasiny­a di dalam telefon pintar,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi berkata, menerusi program lawatan, pihaknya mengendali­kan sesi demonstras­i produk pembelajar­an secara dalam talian itu di lapan sekolah terpilih di sekitar Lembah Klang bermula 9 hingga 17 November ini.

 ??  ?? PESERTA seronok pada Program Melawat Sekolah FullAMark, semalam.
PESERTA seronok pada Program Melawat Sekolah FullAMark, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia