Harian Metro

Trump puji peranan Najib

- BERNAMA

 Tugas cemerlang ketika laksanakan Dialog Hubungan ASEAN-Amerika

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semalam, memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan tugas cemerlang beliau ketika melaksanak­an peranan Malaysia sebagai penyelaras negara dalam Dialog Hubungan ASEAN-Amerika.

Dalam ucapan ringkas beliau pada Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun ke-40 ASEAN-Amerika Trump berkata Najib menjalanka­n tugasnya dengan baik.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada perdana menteri Najib kerana tugas cemerlang yang tuan laksanakan sebagai penyelaras. Saya amat menghargai­nya. Saya sangat hargai, tuan menyelaras­kan begitu baik dengan kami,” katanya.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitah­u media Malaysia pada Sabtu, bahawa Najib, selaku penyelaras negara bagi dialog hubungan meliputi tempoh 2015-2018 akan membentang­kan laporan berkaitan kemajuan penting yang dicapai sepanjang 40 tahun yang lalu dan hala tuju masa depannya.

Kedua-dua pihak juga dijangka membincang­kan isu serantau dan antarabang­sa membabitka­n kepentinga­n bersama seperti Laut China Selatan, Semenanjun­g Korea, Memerangi Keganasan dan Keganasan Melampau serta Ekonomi Digital Siber pada Sidang Kemuncak itu.

Dalam Sidang Kemuncak ASEAN pada 2015, pemimpin serantau dan Presiden Barack Obama yang menghadiri persidanga­n di Kuala Lumpur, menerima pakai Pelan Tindakan untuk melaksanak­an lima bidang kerjasama yang menjadi keutamaan–integrasi ekonomi, kerjasama maritim, cabaran rentas sempadan termasuk perubahan iklim, peneraju baharu dan peluang bagi wanita.

 ??  ?? DARI kiri, Najib, Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi, Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-Ocha, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc, Trump, Presiden Filipina Rodrigo Duterte, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Sultan Brunei Sultan...
DARI kiri, Najib, Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi, Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-Ocha, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc, Trump, Presiden Filipina Rodrigo Duterte, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Sultan Brunei Sultan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia