Harian Metro

Dikeliling­i bukit membentuk lembah

-

dikeliling­i bukit yang membentuk lembah,” ujar Hamdan Hassan, anak jati Kelantan, pengguna tetap jalan di situ.

Sampai saja di kawasan bandar Gua Musang, penulis berhenti untuk meronda seketika dan melihat apa lagi yang menarik.

Memerhati di sekeliling, memang benar kata Hamdan, lokasi di kawasan lembah mewujudkan panorama bandar desa yang redup lagi tenang lengkap dengan kemudahan asas.

Gua Musang kini bukan lagi bandar mundur seperti suatu ketika dahulu. Ada stesen kereta api lama dan baru.

Terletak di pinggir bandar itu, landasan kereta api baru beriringan dengan jalan raya dua hala.

Malah Gua Musang terbahagi kepada dua iaitu bandar Gua Musang lama dan Bandar Baru Gua Musang.

Stesen kereta api baru lebih hampir dengan bandar lama iaitu kirakira satu kilometer (km), sementara jarak dengan Bandar Baru Gua Musang sekitar enam km. Ini disebabkan stesen kereta api baru ini dibina tidak jauh daripada stesen kereta api lama di bandar lama.

Stesen kereta api

Gua Musang milik Keretapi Tanah

Melayu Berhad (KTM Berhad), menyediaka­n perkhidmat­an KTM Antaraband­ar. Tren tempatan dari Tumpat tamat di Stesen kereta api Gua Musang.

Disebabkan banyak gua, kereta api ini melalui enam terowong antara stesen Dabong dan Kuala Krai.

Selepas pembukaan stesen baru, stesen lama tidak lagi diguna dan kawasan itu yang dulunya sibuk dengan penumpang turun naik kini sunyi sepi.

Beberapa bangunan yang ada kelihatan uzur. Sebaliknya stesen baru tampil ceria dengan binaan ruang masuk diteduhi bumbung berhias papan manis berukir kerawang di bahagian hadapan.

Di stesen baru itu, juga terdapat bukit batu kapur, identiti Gua Musang. Kelihatan dua gua batu kapur berkeduduk­an terpisah atau berjarakan, membentuk struktur U, antara tarikan panorama alam di situ.

Destinasi Gua

Musang jauh lebih besar daripada Tumpat dan Wakaf Bharu di Kelantan dan ia berkembang pesat. Terdapat banyak kemudahan termasuk hotel dan pasar raya, kedai serta stesen petrol di situ.

Difahamkan, pengguna kereta api bergantung kepada perkhidmat­an teksi dan kereta sapu. Pada sebelah malam, kawasan berkenaan meriah dengan aktviti jualan hasil kampung.

Pengunjung yang sukakan aktiviti lasak boleh mendaki Gua Musang ditemani penduduk di situ.

Andai ingin mendapatka­n maklumat berkenaan perkhidmat­an pengiring pendakian, boleh bertanya kepada pemandu teksi.

Perjalanan pendaki perlu melintasi landasan kereta api sebelum sampai ke pintu gua yang sempit. Tiada tangga simen disedia, cuma ada laluan pendaki terdahulu. Ketinggian gua ini kirakira 100 meter. -Rashidah Ibrahim

 ??  ?? BANGUNAN stesen kereta api lama yang diperbuat daripada kayu.
BANGUNAN stesen kereta api lama yang diperbuat daripada kayu.
 ??  ?? KERETA api menjadi pengangkut­an penting penduduk sejak awal
tahun 50-an.
KERETA api menjadi pengangkut­an penting penduduk sejak awal tahun 50-an.
 ??  ?? BANDAR lama Gua
Musang yang berhampira­n stesen kereta api.
BANDAR lama Gua Musang yang berhampira­n stesen kereta api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia