Percutian keluarga pilihan ibu bapa Asia
Amal nilai kekeluargaan dengan memilih bercuti bersama anak
remaja Malaysia adalah yang kedua tertinggi (78 peratus) bersetuju dengan kepercayaan sebahagian besar kenangan manis mereka berlaku ketika percutian keluarga.
Orang Asia juga menghargai ikatan kekeluargaan, sehubungan itu percutian yang dirancang pastinya membabitkan anak-anak mereka.
Hampir satu pertiga daripada ibu bapa yang terbabit dalam kajian ini lebih suka mengembara tanpa anak. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa Asia paling kurang meninggalkan anak mereka untuk bercuti, berbanding dengan rakan Barat mereka.
Pengurus Besar Expedia Asia Tenggara dan India, Simon Fiquet berkata, pihaknya mempunyai beberapa pandangan yang baik mengenai cara orang mengembara, terutama keluarga di Asia.
“Majoriti (hampir 80 peratus) ibu bapa dari Malaysia tidak meninggalkan anak mereka kerana mereka berasakan percutian bersama keluarga lebih bermakna.
“Kami juga mendapati hal ini mungkin lebih biasa dalam kalangan budaya Asia. Memandangkan ibu bapa Malaysia jarang keluar bercuti, mereka memberi penekanan untuk percutian sekeluarga dan besar kemungkinan sangat menghargai kenangan yang dibuat ketika perjalanan berkenaan,” katanya.
Sikap terbuka ibu bapa juga menjadi faktor percutian bersama keluarga kenangan terindah terutama untuk anak.
Bagi membuatkan percutian sekeluarga lebih menyeronokkan untuk semua, lebih kurang separuh daripada ibu bapa dalam kajian ini berkongsi bahawa kaedah keibubapaan mereka agak fleksibel ketika bercuti supaya anak dapat menikmati kenangan manis yang dicipta ketika masa cuti dan ia membawa kesan baik bagi mereka.
Ibu bapa di India (63 peratus), Thailand (57 peratus) dan New Zealand (55 peratus) adalah yang paling terbuka dan agak leka dengan beberapa peraturan dan tugas ketika percutian sekeluarga.
Lebih daripada separuh (56 peratus) ibu bapa dari Malaysia juga tidak setegas dengan beberapa peraturan dan tugasan, tetapi sebanyak 34 peratus masih tegas mengenai waktu tidur anak mereka.
“Apabila ibu bapa lebih bersikap terbuka, remaja akan dapat menikmati cuti mereka dan lebih cenderung menjadikan ibu bapa mereka sebagai teman perjalanan kegemaran mereka.
“Hasil kajian mendapati 77 peratus dari ibu bapa Malaysia, malah sebanyak 86 peratus ibu bapa dari Thailand berpendapat demikan.
“Jadi, ia mengukuhkan lagi idea bahawa kebanyakan ibu bapa dan kanak-kanak dari
Asia lebih suka keluar bercuti sebagai sebuah keluarga kerana ketika inilah majoriti kenangan kegemaran mereka tercipta,” kata Fiquet. Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang
Laman web: https://event. howei.com/event/kulmarathon-2017
Melaka Art & Performance Festival
Tarikh: 24 - 27 November Tempat: St. Paul’s Hills, Bandar Hilir, Melaka Penganjur: Arts and Performance Festival Melaka Sdn. Bhd.
Tel: +603-7491 9233
Laman web: http:// melakafestival.com/
Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0
Tarikh: 25 November Tempat: Kuala Lumpur Penganjur: Secretariat Shopping Malaysia, Package Development Division, Tourism Malaysia
Tel: +603 889 18000
Laman web: http://www. missshophia.com/