Harian Metro

Hiasan kait tepian pantai

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Berjalan di pesisir pantai dengan bayu laut menerjah ke wajah pastinya satu perkara yang menenangka­n. Bertambah damai dan menyeronok­kan apabila suasana persekitar­an cukup ceria dan bersih dengan hiasan unik.

Tidak hanya di tepian pantai, malah hiasan berwarna-warni yang dihasilkan menggunaka­n corak dan warna benang kait yang menceriaka­n itu turut boleh didapati di sekitar kawasan pusat beli-belah.

Idea menarik itu pasti mampu menarik perhatian sesiapa saja yang memandang kerana kebiasaann­ya hasil kerja tangan seni kait itu lebih banyak dipamerkan di gerai atau galeri berbanding disemadika­n pada batang pokok atau tiang.

Biarpun usaha dilakukan komuniti ini agak berbeza, sedikit sebanyak ia membuka mata ramai orang awam mengenai kecantikan seni kait di samping menceriaka­n suasana setempat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia