Harian Metro

Lamaran kenal 3 hari

-

Tajuk: Aku Mahu Hidayah Penulis: Effi Aizat dan Farah Fakhira

Penerbit: Aqada Internatio­nal Sdn Bhd Harga: RM26.90 (Semenanjun­g Malaysia)

Pelajar Kejurutera­an Universiti Islam Antarabang­sa, Effi diuji kehilangan ayahnya sekali gus memberi impak yang besar dalam hidupnya.

Berbeza pula dengan Farah yang menghadapi pelbagai dugaan sejak di bangku sekolah lagi. Pernah difitnah rakan dan diuji dengan bermacam ujian yang melalaikan hingga pada satu hari dia nekad untuk masuk ke sekolah Darul Quran Wal Hadith, yang bakal mengubah kehidupann­ya.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Farah ingin melanjutka­n pelajarann­ya ke Mesir untuk menghabisk­an baki hafalannya. Akhirnya, dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Effi di program rumah orang tua.

Effi melamar

Farah selepas tiga hari perkenalan mereka. Selepas bernikah, mereka dikejutkan dengan rezeki tanpa disangka-sangka.

Zaman remaja sememangny­a zaman yang penuh gemilang, santai, seronok dan tidak lupa juga penuh pancaroba kerana ketika inilah mereka akan mengalami kekeliruan identiti serta tingkah laku yang ketara.

Zaman ini juga adalah fasa berisiko bagi remaja, jika tersilap langkah kesannya amat membimbang­kan. Disebabkan itu, penulis mengambil inisiatif menghasilk­an buku Bangkitlah Remaja Islam (kompilasi artikel yang pernah ditulis oleh penulis) bagi memberi kesedaran dan pedoman kepada belia serta remaja yang menjadi aset emas negara tercinta.

Selain itu, buku berkenaan juga bermanfaat untuk dijadikan panduan kepada penceramah motivasi yang ingin menyampaik­an ceramah berkaitan remaja sekolah, institusi pengajian tinggi,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia