Harian Metro

Salman tolak adegan intim dengan Katrina

-

Meskipun Salman Khan pernah bercinta dengan Katrina Kaif, dia menolak menjayakan adegan intim dengan pelakon jelita itu.

Mereka berdua berlakon bersama dalam sekuel filem Ek Tha Tiger iaitu Tiger Zinda Hai.

Menurut sumber, ramai beranggapa­n Salman akan melanggar prinsipnya untuk tidak bercium dengan heroinnya apabila digandingk­an dengan Katrina.

“Tak sangka pula Salman mengotakan janjinya. Pengarah Ali Abbas Zafar berusaha memujuk Salman untuk menjayakan babak bercium tetapi dia menolak. Lalu babak itu terpaksala­h dilupakan saja,” kata sumber itu.

Sudah lebih setahun, Salman meletakkan syarat tiada babak intim, tiada hubungan fizikal dan tidak mahu menjayakan watak hitam.

Dek prinsip itu juga Salman mengetepik­an tawaran membintang­i filem Baazigar arahan Abbas-Mustan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia