Harian Metro

Thailand tebus hampa

- Zaini Salihin sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Selepas tewas di tangan Singapura di Sukan SEA baru-baru ini, pasukan golf Thailand berjaya menebus kehampaan dengan memenangi Kejohanan Piala Nomura 2017. Thailand mendominas­i kejohanan sejak hari pertama dan mencipta sejarah dengan merampas Piala Nomura dari juara bertahan, Jepun di tempat kedua dan Australia di tempat ketiga. Pemain Thailand, Kammalas Namuangruk muncul juara individu, dengan catatan 18-di bawah par keseluruha­n 270 (64, 72, 64, 70).

Pasukan Thailand yang diwakili Kammalas, Atiruj Winaicharo­enchai, Kosuke Hamamoto dan Sadom Kaewkanja memberi fokus sepenuhnya dengan bermain sebagai satu pasukan dan mencipta banyak birdie.

“Kami akhirnya berjaya,” kata Kanes Nitiwanaku­l, pengurus pasukan Thailand. “Ini adalah persembaha­n terbaik kami terutamany­a selepas kalah kepada Singapura di Sukan SEA, baru-baru

ini.”

“Pemain kami memberikan yang terbaik dan berhak memenangin­ya. Saya amat bangga dengan prestasi mereka kerana dapat mengawal tekanan dengan baik,” tambah Nitiwanaku­l.

Sementara itu, Afif Fathi muncul pemain terbaik negara mencatat pukulan 14 di bawah par dan berkongsi kedudukan di tempat ke-5.

“Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian sepanjang kejohanan kali ini,” katanya. “Reka bentuk lapangan dan juga kelajuan green sangat sesuai dengan permainan saya. Saya masih tidak percaya dapat tempat kelima.”

 ??  ?? PASUKAN Thailand bergambar bersama trofi kejohanan di Kelab Golf Sungai Long.
PASUKAN Thailand bergambar bersama trofi kejohanan di Kelab Golf Sungai Long.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia