Harian Metro

Kes dalam siasatan IPK

-

Kuala Lumpur: Tindakan mengikat mulut dan tangan murid hanya dilakukan beberapa minit saja.

Itu penjelasan seorang guru tadika di Setapak, di sini, yang didakwa mendera murid pusat asuhan itu.

Difahamkan wanita yang juga guru besar tadika berkenaan berusia 59 tahun mendakwa dia hanya mengikat mulut dan kaki menggunaka­n kain dalam tempoh tiga minit bagi memastikan kanak-kanak itu senyap dan tidak bergerak.

Malah, dia turut mendakwa ikatan yang dikenakan longgar dan bersifat sementara kerana tidak tahan dengan sikap kanak-kanak itu yang menjerit menyebabka­n murid lain terganggu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kes berkenaan kini disiasat oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Kes itu belum diklasifik­asikan kerana polis perlu merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) tadika berkenaan,” katanya.

Katanya, keterangan daripada semua pihak yang terbabit sudah diambil untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? MOHAMAD Roy
MOHAMAD Roy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia