Pemetik kelapa tak mengaku noda rakan adik

Harian Metro - - Tengah -

Melaka: Seorang pemetik kelapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam atas pertuduhan merogol remaja perempuan yang juga rakan adiknya, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Malik Redzuan Mohamed, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, Malik Redzuan didakwa merogol remaja perempuan berusia 12 tahun lapan bulan (ketika kejadian) di rumah di Jalan Pekan Umbai, Batu 8, Jasin antara jam 1 tengah hari hingga 4 petang pada Februari 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nora Yaacob, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nora memohon mahkamah menawarkan jaminan berjumlah RM20,000 kepada tertuduh, Bagaimanapun, tertuduh merayu ikat jamin dikurangkan dengan alasan hanya bekerja sebagai pemetik kelapa.

Mahkamah mengarahkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.