Belasah isteri kerana salah faham berkaitan ular

Harian Metro - - Tengah -

Hanya kerana berselisih faham mengenai ular masuk ke dalam rumah ditangkap lelaki lain, seorang suami tergamak membelasah isterinya di kediaman mereka di Kampung Batu Putih, Karangan, Kulim, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, suspek berusia 30-an tidak berpuas hati selepas mengetahui mangsa, 35, memanggil orang lain menangkap ular yang berada di dalam rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, suspek mendakwa mangsa curang dengannya menyebabkan berlaku pertengkaran.

Menurutnya, suspek terus memukul isterinya dengan menarik rambut dan menampar serta menendang wanita terbabit.

“Akibat kejadian itu mangsa lebam di badan dan tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Kob.

“Bertindak atas laporan itu, polis mengesan suspek sebelum menahannya dan direman empat hari bermula Ahad lalu hingga esok (hari ini),” katanya, semalam.

Katanya, k es disiasat mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.