Masih berahsia pada anak ibu dipenjara

Harian Metro - - Setempat -

Johor Bahru: Dua beradik yang menjadi mangsa pelacuran oleh ibu kandung sering bertanya mengenai wanita itu namun perkembangan wanita terbabit terpaksa dirahsiakan supaya emosi mereka tidak terganggu.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulai Mohd Iskandar Abu Bakar berkata, dua beradik itu ditempatkan sementara di Rumah Kanak-Kanak Mini, Ulu Tiram di sini, sejak dua minggu lalu.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan usaha mengesan kedudukan ahli keluarga terdekat dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan 13 tahun itu.

“Kami masih dalam Perintah Sementara iaitu menyelamatkan mangsa dan menempatkan mereka di pusat perlindungan serta mengesan ahli keluarga terdekat.

“Jika tidak dapat kesan, kita akan dapat Perintah Tetap mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 untuk menjaga kanak-kanak terbabit,” katanya.

Mohd Iskandar berkata, mereka kini dalam keadaan baik dan menunjukkan perkembangan positif serta sering bertanya mengenai ibu mereka, namun pihaknya tidak menceritakan nasib sebenar wanita itu kerana tidak mahu fikiran mereka bercelaru.

TINJAUAN kediaman ibu tunggal yang melacurkan dua anaknya di Kulai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.