‘Saya okey...’

Harian Metro - - Setempat - Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

 Kamal Adli kemalangan selepas pemandu terlanggar tayar lori tercabut

Adli, 31. alang bertimpa-timpa buat

Kamal

Selepas kontroversinya dengan Emma Maembong dan Zahirah McWilson, motosikalnya dicuri dan terbaru terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian di Nilai, Lebuhraya PLUS arah selatan Sabtu lalu, kereta kesayangannya yang dipandu pemandu peribadi terlanggar tayar lori yang tercabut di kawasan itu.

Katanya, kejadian berlaku jam 5 pagi ketika dia pulang dari Melaka selepas selesai penggambaran filem

“Alhamdulillah saya dan pembantu peribadi tidak cedera, cuma luka sedikit dan sakit-sakit badan kerana terbuka secara automatik akibat hentaman kuat,” katanya.

Menurut Kamal, kejadian itu memang tidak boleh dielakkan kerana keadaan gelap dan mereka tidak nampak tayar di atas jalan.

“Kejadian berlaku sangat pantas, pemandu peribadi saya gagal mengelak lalu melanggar tayar itu menyebabkan satu hentaman kuat di bahagian hadapan kereta.

“Mujur keadaan lalu lintas ketika itu tidak begitu sibuk. Jika tidak, mesti keadaan akan jadi lebih buruk.

“Tapi kereta remuk teruk kerana hentaman yang sangat kuat. Saya reda menerima ujian yang datang bertalu-talu ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.