Dapat pencalonan paling banyak

Harian Metro - - Setempat -

Kuala Lumpur: Drama bersiri Akadku Yang Terakhir yang adaptasi dari novel, menerima pencalonan paling banyak iaitu 12 pencalonan di Anugerah Telenovela 2017.

Bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 23 Disember depan, drama arahan Harris Fadzilah itu dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Penerbit Terbaik, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik dan Telenovela Terbaik.

Manakala drama Uda Dan Dara serta Biar Aku Menjadi Penunggu masing-masing mendapat sembilan pencalonan.

Acara anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara ini menyaksikan 38 karya adaptasi novel bersaing dalam 23 kategori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.