10 kediaman terjejas teruk

Harian Metro - - Setempat -

Jasin Hujan lebat berterusan selama empat jam menyebabkan lebih 10 kediaman di Kampung Kilang Berapi, Merlimau, di sini, terjejas teruk akibat dilanda banjir kilat setimggi 0.5 meter, semalam.

Difahamkan, hujan lebat bermula jam 5.30 pagi menyebabkan paras air sungai di kampung berkenaan meningkat secara mendadak sebelum melimpah lalu menenggelamkan penempatan di kawasan rendah terletak berhampiran.

Mangsa banjir, Jariah Hitam, 78, berkata dia yang terjaga pada jam 6 pagi berasa amat resah kerana khuatir hujan lebat akan menyebabkan

Bintulu kediamannya ditenggelami air seperti kejadian berlaku pada Julai lalu.

“Sejam kemudian air mula memasuki rumah menyebabkan saya bersama menantu terus mengemaskan pakaian, mengalihkan perabot dan barangan elektrik ke tempat lebih tinggi.

“Mujur menantu ada, nak harapkan warga emas macam saya buat semua ini seorang diri memang tak larat. Walaupun terpaksa mengerah kudrat pada awal pagi tidak mengapa kerana saya sudah serik selepas rumah ditenggelami banjir dalam kejadian empat bulan lalu,” katanya.

SEORANG warga emas termenung melihat keadaan persekitaran rumahnya yang digenangi banjir kilat. PENDUDUK terpaksa memasak dalam keadaan dapur yang masih digenangi air di Kampung Kilang Berapi, Merlimau. PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan

Lui Barat dibawa menaiki kenderaan bomba menyeberang ke Kampung Orang Asli Sungai Sampo.

SEORANG penduduk di Jalan Batu Pahat menunjukkan banjir sehingga

paras lutut di rumahnya.

SESI persekolahan di dua sekolah rendah di Bintulu terpaksa ditangguhkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.