Amaran cuaca buruk tiga hari

Harian Metro - - Setempat -

Kuala Lumpur Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk selama tiga hari bermula semalam di beberapa negeri di utara dan selatan Semenanjung.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan JMM pada jam 12.30 tengah hari semalam, ribut petir, hujan berserta angin kencang dijangka berterusan hingga lewat petang sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hari lagi.

Hujan lebat juga dijangka berterusan di daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Pulau Pinang serta Daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama di Perak.

Batu Pahat

Selain itu, cuaca sama juga dijangka berterusan di Daerah Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat di Selangor; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Daerah Segamat dan Tangkak di Johor; Daerah Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Rompin Pekan dan Kuantan di Pahang.

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dalam menghadapi amaran hujan lebat dan musim tengkujuh dengan mendapatkan maklumat cuaca daripada laman sesawang JMM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.