Bantu mangsa banjir

Harian Metro - - Setempat -

Gelugor: Adinda Sultan Pahang Tengku Datuk Seri Kamaruzzaman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar (Tuanku Datuk Seri Intan) turun padang membantu mangsa banjir di Air Hitam Dalam, di sini, semalam.

Beliau bersama lebih 30 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu membersihkan peralatan kenduri penduduk yang ditenggelami banjir, minggu lalu.

Anggota APM itu dari Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) selain dibantu anggota dari Pusat Latihan Pertahanan Awam Baling, Kedah dan APM Butterworth.

Tengku Kamaruzzaman yang juga Penaung Briged Kesenian APM berkata, kerja pembersihan di Air Hitam Dalam siri kedua selepas siri pertama di Lubuk Meriam dan Lahar Yooi, minggu lalu membabitkan 500 anggota APM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.