Tak mengaku sokong Daish

Harian Metro - - Setempat -

Seorang jurutera di sebuah kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish menggunakan aplikasi media sosial, tahun lalu.

Irma Julyanti Buang, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak.

Mengikut pertuduhan, wanita yang berasal dari Kulai, Johor itu didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish dengan cara menggunakan aplikasi media sosial,

>>Jong Nam tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Pusat Perubatan Menara klia2

Google+ atas nama Calestica- Irma Julyanti Buang miliknya di bilik kejuruteraan, Lot 205, Kilang Celestica (AMS), Jalan Seelong, Johor Bahru, Johor pada Januari 2016 hingga 20 April lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang sudah digunakan atau diniat untuk melakukan kesalahan itu jika sabit kesalahan.

DOAN dikawal anggota polis semasa dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.