MALBATT 850-5 terus kekal di Lubnan

Harian Metro - - Setempat -

Port Dickson: Kementerian Pertahanan tidak bercadang menarik balik pasukan Batalion 850-5 (MALBATT 850-5) di Lubnan berikutan krisis politik melanda negara itu sejak minggu lalu susulan Perdana Menterinya, Saad Hariri mengumumkan meletak jawatan kerana mendakwa nyawa terancam.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, 850 anggota pasukan berkenaan berada di Lubnan dalam misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UNIFIL.

“Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menghubungi Komander MALBATT 850-5 untuk mendapatkan perkembangan situasi di Lubnan pada hari pengumuman perletakan jawatan terbabit.

“Setakat ini, tiada perkara membimbangkan atau meragukan yang boleh mengancam keselamatan di sana (Lubnan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Pakej Istimewa Panggilan dan Data (Pakej TigaTiga) Angkatan Tentera Malaysia (ATM)-Celcom serta sambutan Deepavali Peringkat Tentera Darat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, semalam.

HISHAMMUDDIN (dua dari kanan) melancarkan Pakej Istimewa Panggilan dan Data (Pakej TigaTiga) ATM-Celcom, s emalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.