Mencipta syurga dunia

Keluarga bahagia sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT

Harian Metro - - Addin - Penulis wartawan Harian Metro

Rumah tangga yang tenang, damai dan bahagia diumpamakan seperti ‘syurga’ dunia kepada mereka yang memilikinya.

Sebaliknya, keluarga yang sentiasa berada dalam suasana tidak tenteram dan ahli di dalamnya pula sering bergaduh dan bertengkar dapat disamakan dengan

‘neraka’.

Rumah sepatutnya menjadi tempat yang dapat memberi ketenangan kepada penghuninya.

Ketenangan dalam kehidupan alam rumah tangga mengingatkan kita kepada Nabi Adam dan

Siti Hawa iaitu gambaran pasangan suami isteri yang pada awalnya hidup dalam suasana penuh kenikmatan di dalam syurga.

Dalam pembinaan rumah tangga yang cemerlang Islam dari awal lagi amat menekankan dan memerintahkan supaya memilih dan mencari pasangan yang baik.

Ulama juga sepakat mengatakan, seorang suami dianggap berjaya apabila dia berjaya menjadi ketua dalam rumah tangganya.

Sebuah rumah akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT disebabkan ia sentiasa dikunjungi Malaikat Rahmat.

Firman Allah SWT dalam Surah at-Tahriim, ayat 6 yang bermaksud: “Mereka (malaikat) tidak menderhaka kepada

Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Apabila Malaikat

Rahmat memasuki rumah seseorang, itulah yang disifatkan sebagai rahmat dan kebaikan buat penghuninya.

Penghuni rumah yang sentiasa melakukan amal ibadat dengan sempurna serta menjaga hubungan dengan Allah SWT juga pasti akan dijauhkan daripada gangguan syaitan.

Rumah itu akan sentiasa dipelihara malaikat walau dalam keadaan apa sekalipun sama ada ketika jaga atau tidur.

Tidak akan masuk malaikat ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan tidak pula masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya patung”

Riwayat Imam Bukhari

Antara sebab rumah tidak dimasuki Malaikat Rahmat kerana penghuninya memutuskan tali persaudaraan.

Menjalinkan hubungan silaturahim itu adalah wajib dan memutuskannya berdosa besar. Selain itu, rumah yang tidak dimasuki malaikat rahmat adalah rumah orang yang menderhaka kepada ibu bapa.

Menjadi kewajipan terhadap anak untuk berbuat baik dan taat kepada ibu bapa mereka.

Menderhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik kepada Allah SWT, malah keredaan Allah SWT juga terletak kepada keredaan ibu bapa.

Seterusnya, Islam amat menitikberatkan perihal kebersihan dan kesucian. Sebab itu rumah yang kotor ada memelihara anjing serta patung tidak akan dimasuki malaikat.

Daripada Abi Talhah, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk malaikat ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan tidak pula masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya patung.” (Riwayat Imam Bukhari)

Rumah juga perlu sentiasa dimakmurkan dengan majlis yang dapat mengingati Allah SWT. Ini termasuk majlis zikir seperti bertasbih, bertakbir dan selawat ke atas Nabi SAW.

Jika amalan itu langsung tidak pernah dilakukan, ia boleh disifatkan satu kerugian terhadap penghuni rumah berkenaan.

Ini kerana amalan itu dapat menarik banyak amalan kebajikan selain menghindari syaitan daripada bertapak di dalam rumah.

Bagi rumah tangga yang memahami agama, mereka akan sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT.

Atas sebab menjaga syariat itu lahirlah suami yang mencari nafkah dengan cara halal, isteri yang taat seterusnya melahirkan anak yang soleh dan solehah.

Terdapat doa yang boleh kita amalkan bagi memohon Allah SWT supaya mengurniakan keluarga bahagia.

Doa itu adalah: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteriisteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Surah al-Furqaan, ayat 74)

Allah SWT turut mengurniakan rezeki kepada setiap keluarga yang sentiasa bersyukur dan berasa cukup dengan apa yang mereka peroleh dalam kehidupan.

Mereka sesekali tidak akan berkeluh kesah walaupun memperoleh sekecil-kecil nikmat kerana percaya Allah SWT pasti akan menambah lagi nikmat sekiranya mereka terus bersyukur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.